Selasa, 08 Januari 2013

Bahaya guna contact lens murah!

Bahaya guna contact lens murah

 

Hai, dulu harga contact lens mahal. Sekarang dah murah. Tapi yang murah berbahaya. Silap, yang murah sangat berbahaya. Hari ini, di Berita Harian Online ada kisah tentang seorang remaja perempuan 18 tahun matanya bengkak dan kabur gara2 memakai contact lens murah yang berharga RM25. Baca kisah penuhnya di sini.
 Contact lens murah yang menyebabkan mata remaja tersebut kabur.

ED suka bersembang tentang topik ni sebagai peringatan bersama. Sebenarnya, contact lens yang murah amat berbahaya kerana kita tak tahu kaca apa yang digunakan. Kalau kaca sembarangan, itu yang menyebabkan mata rosak. Sebab itu, harga contact lens yang dijual di kedai2 cermin mata agak mahal kerana bahan kacanya sudah dijamin selamat digunakan. 
Dulu ED pernah berangan-angan ingin menggunakan contact lens, tetapi kesedaran diri timbul setelah mendengar kisah kawan2. ED tak nak guna contact lens kerana risikonya tinggi. Risiko yang pasti ialah jika contact lens yang digunakan pecah di dalam mata, dijamin mata akan buta. Ini berdasarkan kisah benar yang dialami oleh kawan ED. ED difahamkan contact lens diperbuat daripada kaca lembut yang mudah pecah dan koyak. Jadi kita tak boleh lasak2 sangat bila pakai contact lens. Banyak lagi risiko jika kita guna contact lens seperti tak boleh kena panas, tak boleh kena asap, nak kena cuci selalu dan macam2 lagi. Rimas kan? Sebab itu, ED putuskan, ED tak nak guna contact lens. Sayangi mata anda!

 Sumber: DBPmesran.net

Tidak ada komentar:

Posting Komentar