Bahaya guna contact lens murah
Hai, dulu harga contact lens mahal.
Sekarang dah murah. Tapi yang murah berbahaya. Silap, yang murah sangat
berbahaya. Hari ini, di Berita Harian Online ada kisah tentang seorang
remaja perempuan 18 tahun matanya bengkak dan kabur gara2 memakai
contact lens murah yang berharga RM25. Baca kisah penuhnya di sini.
Contact lens murah yang menyebabkan mata remaja tersebut kabur.
ED suka bersembang tentang topik ni
sebagai peringatan bersama. Sebenarnya, contact lens yang murah amat
berbahaya kerana kita tak tahu kaca apa yang digunakan. Kalau kaca
sembarangan, itu yang menyebabkan mata rosak. Sebab itu, harga contact
lens yang dijual di kedai2 cermin mata agak mahal kerana bahan kacanya
sudah dijamin selamat digunakan.
Sumber: DBPmesran.net
Tidak ada komentar:
Posting Komentar